Kampung Kuala Triang, Bera, Pahang Darul Makmur
- subjekatm95
- Dec 5, 2015
- 1 min read
LATARBELAKANG: -
Nama asal kampung ini adalah Kampung Paya Kecil, tapi ditukar kepada Kampung Kuala Triang kerana terletak di kuala Sungai Pahang.
Kampung ini merupakan sebuah perkampungan Melayu yang mengikut alur Sungai Pahang, jadi sungai tersebut menjadi sumber tumpuan masyarakat tempatan dan pelancong.
Kampung ini terkenal dengan aktiviti-aktiviti yang kadang-kala berperingkat negeri dan dihadiri oleh masyarakat luar di seluruh negara.
Kampung ini juga terdapat sektor-sektor ekonomi yang berbeza dan dibiaya oleh Wakil Rakyat Bera itu sendiri. Jadi, ekonomi di kampung ini bertambah pesat dan makin ramai golongan tempatan kampung ini ingin mengambil peluang tersebut.
Sebagai contoh, kerajaan telah menyediakan dana untuk golongan muda untuk membuka sangkar ikan patin dan dijayakan oleh mereka sendiri. Setakat ini, 2 perniagaan ikan patin sangkar telah menjadi kukuh di kampung ini.
Selain itu, peniaga-peniaga tempatan juga begitu produktif dalam menjalankan perniagaan sendiri seperti membuka kedai runcit dan kedai makan, menyewa studio muzik kecil untuk kugiran-kugiran tempatan, mengambil tempahan untuk baju dan kuih kuih semasa musim perayaan.
Walaupun mengamalkan tradisi turun-temurun, kampung ini juga telah berjaya mempunyai WiFi tersendiri khas untuk penduduk-penduduknya yang bernama KTW (Kuala Triang WiFi).
Kampung ini juga telah mendapat tumpuan Menteri Besar kerana sering mengadakan Pesta Rakit peringkat negeri Pahang; semua perakit berkumpul untuk menyusur Sungai Pahang daripada permulaan hingga ke hujung sungai. (Jelai hingga Pekan).
Semasa pesta ini, perakit akan berhenti di kampung ini dan tinggal sementara di rumah-rumah penduduk asal. Penduduk asal juga bersepakat untuk mengadakan sambutan mereka tersendiri semasa kedatangan perakit-perakit tersebut dengan membuat persembahan tradisional dan menyediakan makanan tradisional terkenal.
Kampung ini juga mempunyai beberapa buah dewan serbaguna untuk digunakan oleh semua masyarakat seperti gelanggang badminton dan futsal untuk golongan muda bersukan.
Comments